Skip to main content

Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar

PENGENALAN


     Tidak dapat dinafikan bahawa alam sekitar merupakan sumber anugerah alam daripada Tuhan.Alam sekitar merupakan segala elemen yang berada sekeliling kita.Elemen-elemen yang terdapat dalam alam sekitar ialah tanah,air,atmosfera,iklim,bunyi dan bau.Manusia sangat mempengaruhi dengan alam sekitar bagi membolehkan mereka meneruskan kelangsungan hidup di muka bumi ini.Bagi meneruskan kelangsungan hidup, manusia perlulah mengamalkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pemuliharaan merujuk kepada proses untuk menanam dan menjaga tumbuh-tumbuhan secara rapi di kawasan yang terpupus manakala pemeliharaan merujuk kepada proses untuk menjaga tumbuh-tumbuhan yang sedia ada.Walau bagaimanapun, kedua-dua perkara tersebut sering diabaikan  oleh  manusia  khususnya  pihak kerajaan Malaysia.

FAKTOR-FAKTOR PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN ALAM  SEKITAR SEMAKIN MEROSOT

MEMENTINGKAN SEKTOR PEMBINAAN
                             
Terdapat sesetengah organisasi tidak membuat keputusan yang betul untuk memilih lokasi  bagi  menjalankan  pembinaan  rumah  dan  bangunan. Meraka membuat keputusan yang tidak adil iaitu memusnahkan  kawasan perhutanan  untuk menjalankan aktiviti pembinaan bangunan seperti   kompleks beli-belah, pawagam dan sebagainya. Dalam  konteks ini, pihak  swasta  memaksimumkan keuntungan  mereka  tanpa prihatin terhadap  kualiti  alam  sekitar.


MEMENTINGKAN SEKTOR PERKILANGAN 
             
Pihak sektor perkilangan tidak berfikir secara  terperinci  dalam  pembuangan sisa toksik.Hal ini demikian kerana, mereka mengambil jalan yang mudah iaitu menyambungkan saluran sisa toksik ke dalam sungai dan laut. Mereka juga mementingkan produktiviti supaya tidak  menjadi  muflis dan sentiasa kekal dalam pasaran produk. Sikap ini menyebabkan sektor perkilangan khususnya pihak swasta  mengabaikan tanggungjawabnya  untuk   merawat  sisa  supaya  tidak memusnahkan alam sekitar.


KEKURANGAN PENGETAHUAN TERHADAP ISU ALAM SEKITAR

               

Malaysia menghadapi kekurangan pakar dalam isu alam sekitar.Pegawai-pegawai yang menguruskan alam sekitar juga kurang mahir dan kurang berpengalaman untuk menyelesaikan masalah alam sekitar.Hal ini menyebabkan mereka kurang peka terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pihak berkuasa juga bergantung kepada pihak lain iaitu di peringkat domestik ataupun luar negara untuk menyelesaikan masalah alam sekitar.Pada masa yang sama, mereka juga kurang peka terhadap ilmu teknologi hijau menyebabkan Malaysia masih belum maju dari segi pembangunan alam sekitar.


PENGARUH MEDIA MASSA YANG TIDAK MENGUTAMAKAN ISU ALAM SEKITAR 
                 
Pihak media massa iaitu media cetak dan media elektronik kurang prihatin  pada masalah alam sekitar menyebabkan ianya tidak dapat diselesaikan dengan cepat. Informasi yang kurang mengenai isu alam sekitar menyebabkan penduduk Malaysia kurang mengambil tahu tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Media massa juga kurang menyiarkan iklan seperti dokumentari tentang alam sekitar tetapi mereka lebih popular menyiarkan iklan tentang hiburan.Hal ini menyebabkan rakyat Malaysia tertumpu pada hiburan dan memandang rendah terhadap keindahan alam sekitar.


KESAN-KESAN YANG WUJUD APABILA PEMULIHARAAN DAN 
PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR DIABAIKAN OLEH 
MALAYSIA
Kesan yang paling utama dalam masalah ini adalah pencemaran alam sekitar.Pencemaran alam sekitar terdiri daripada empat iaitu, pencemaran airpencemaran udarapencemaran bunyi dan pencemaran darat.


PENCEMARAN AIR 
Pencemaran air menyebabkan kualiti sungai dan laut terjejas dan merugikan golongan nelayan yang menjalankan aktiviti perikanan.Hal ini demikian kerana, pembuangan sisa daripada kilang dan industri ke dalam sungai menyebabkan kehidupan akuatik terjejas.Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai dan longkang juga akan mengganggu sistem parit dan saliran sehingga mewujudkan masalah banjir.Selain itu, bekalan air untuk penduduk iaitu, di kawasan bandar dan kawasan luar bandar akan merosot kerana bahan kimia seperti zink, kalium, dan plumbum terlarut dengan bekalan air. Baru-baru ini,pencemaran bauksit di Kuantan pada bulan Januari 2016 telah menyebabkan ramai penduduk telah menjadi mangsa.Hal ini juga menyebabkan  penduduk  telah menjangkiti penyakit bawaan air yang tercemar seperti hepatitis, cryptosporidium dan cirit-birit

.                          
    
Masalah ini juga akan memberikan impak kepada Indeks Kebersihan Air (IKA) iaitu menunjukkan bacaan IKA yang rendah. Bacaan  IKA  di  Malaysia  juga  menunjukkan kurang daripada 60% iaitu amat tercemar.

PENCEMARAN UDARA

Apabila berlakunya pembebasan  atau penyebaran  bahan  kimia  ke  atmosfera, sistem pernafasan  dan  pengaliran  oksigen ke seluruh badan manusia akan terganggu. Fenomena ini menyebabkan berlakunya penipisan lapisan ozon serta mewujudkan sinaran cahaya matahari yang tinggi. Masalah ini menyebabkan manusia menjangkiti kanser kulit. Pencemaran udara menyebabkan berlakunya hujan asid apabila bahan pencemar seperti Karbon Monoksida, Nitrogen Dioksida, Plumbum dan Sulfur Dioksida  tersebar ke atmosfera.Pencemaran ini juga mewujudkan pemanasan global sehingga menyebabkanberlakunya kecairan di Kutub Utara serta jerebu yang berlaku pada setiap tahun di negara Malaysia.Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negara kita juga semakin membimbangkan kerana ia meningkat sehingga ke tahap yang berbahaya.
                

  Secara keseluruhannya,pencemaran udara memberikan kesan kepada manusia iaitu radang mata, gangguan kepala hidung, gangguan sistem pernafasan, partikulat yang menyebabkan peradangan dan meninggalkan parut pada tisu paru-paru.


              

PENCEMARAN BUNYI
                                                               Pencemaran bunyi biasanya banyak berlaku di kawasan bandar. Contoh  pencemaran bunyi adalah bunyi pemecahan batu-batu  di  kuari,  bunyi  hon  daripada kenderaan bermotor, bunyi  yang  dikeluarkan  dari kilang  dan sebagainya. Kesan  yang  paling buruk daripada  pencemaran  ini  ialah  masalah  pendengaran   pada manusia. Had pendengaran manusia akan melebihi 80 desibel meyebabkan berlaku masalah pada gegendang telinga manusia.Kebisingan yang terlalu kuat juga menyebabkan seseorang itu hilang kawalan serta gagal untuk berfikir dengan baik.
                                          
  

Pencemaran bunyi juga memberikan  kesan   buruk  pada  haiwan  iaitu  meningkatkan tekanan dan  risiko  kematian. Contohnya, pencemaran  bunyi telah  menyebabkan kematian spesies paus  tertentu  yang  menyadai  diri  mereka  selepas  terdedah kepada sonar tentera yang kuat.

PENCEMARAN DARAT / TANAH

Pencemaran tanah menyebabkan sesuatu kawasan akan bertukar warna, tidak subur atau berlakunya hakisan tanah.Ia  akan menjejaskan bentuk muka bumi apabila menjalankan aktiviti pembinaan rumah dan bangunan pencakar langit di kawasan tanah tinggi. Pembuangan sampah  di  kawasan  lapang  menjadi pembiakan  kuman penyakit. Hal ini demikian kerana, tikus, lipas, lalat dan haiwan-haiwan lain akan menjadikan kawasan itu sehingga menyebabkan kuman-kuman tersebut  ke tempat lain.
                      
                           
Secara langsung,pencemaran tanah juga akan memusnahkan sumber-sumber yang terdapat di bawah tanah seperti mineral,bahan organik dan bijih timah. Tambahan lagi, lapisan-lapisan  terdapat  di  bawah  tanah  juga  akan  terjejas iaitu lapisan  atas, lapisan tengah, lapisan bawah dan lapisan induk.


      
                           





USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMULIHARA DAN  MEMELIHARA ALAM SEKITAR DI MALAYSIA

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA (JPSM)
JPSM mestilah menggubal program perhutanan semula supaya ia menjadi lebih menarik dan  ramai  orang  akan  menyertai  program  tersebut. Mereka juga mestilah mewartakan Taman Negara, hutan simpan dan taman marin supaya ia menjadi tempat ikon negara Malaysia dan boleh diwarisi  oleh generasi  yang  akan datang. JPSM juga haruslah menjalankan rawatan silvikultur secara berterusan dan menggunakan kaedah yang lebih inovatif supaya rawatan tersebut  menjadi  lebih  efektif dalam pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.

JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN)


PERHILITAN bukan semestinya memberikan pendidikan pemeliharaan hutan di peringkat sekolah tetapi mereka hendaklah menyampaikan ilmu pemeliharaan hutan di peringkat IPTA dan ITPS. Hal ini demikian kerana, pelajar di IPTA dan IPTS mempunyai fikiran yang matang maka, mereka lebih mudah  memahami  informasi  yang disampaikan oleh PERHILITAN. Meraka juga perlulah memperkukuhkan perlindungan taman-taman  negara  dan  hidupan  liar  bagi  memastikan  kestabilan ekosistem  di negara kita.


INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)

FRIM haruslah bekerjasama dengan pakar-pakar alam sekitar dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Eropah dan China untuk membuat penyelidikan dan pembangunan bagi sumber hutan.Dalam konteks ini, FRIM mestilah mendapatkan keputusan penyelidikan tersebut dan menyebarkan kepada  rakyat  Malaysia  melalui  media   massa  supaya  mereka  akan mengetahui keadaan alam  sekitar  negara. Pada  masa  yang  sama,  fenomena ini akan menyuntik semangat memulihara dan memelihara alam sekitar dalam jiwa mereka.FRIM perlulah menggunakan kaedah yang saintifik dalam menjalankan penyelidikan perhutanan supaya tidak mengambil masa yang lama untuk  membuat  sesuatu keputusan mengenai alam sekitar.Tambahan lagi, FRIM juga haruslah menggalakkan golongan remaja untuk menceburi bidang penyelidikan perhutanan supaya golongan ini dapat bersaing di peringkat antarabangsa dalam menyelesaikan masalah alam sekitar.


JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)
JAS mestilah menguatkuasakan undang-undang dengan mengambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar.Mereka haruslah memastikan pihak yang membuat projek pembinaan rumah dan bangunan memenuhi terma dan syarat di bawah akta tersebut supaya tidak menjejaskan kualiti alam sekitar.JAS haruslah menambahkan kakitangan dalam menjalankan tugas untuk mencegah,mengawal pencemaran dan mempertingkatkan kualiti alam sekitar.Mereka juga mestilah menganjurkan program memelihara dan memulihara alam sekitar yang lebih menarik supaya ia menjadi mesra alam kepada penduduk Malaysia.


PENUTUP
                                     Tuntasnya,pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar  adalah  tanggungjawab bersama. Maka,  kita  mestilah  sedar  akan  kepentingan memelihara alam sekitar yang masih ada pada hari ini. Agensi-agensi alam sekitar mestilah bekerjasama dengan rakyat Malaysia untuk membangunkan alam sekitar. Mereka haruslah mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti-aktiviti  yang  menarik  dalam kalangan masyarakat seperti kempen  kebersihan,  perkhemahan  alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel dan pameran alam sekitar. Hal ini demikian kerana, aktiviti tersebut akan meningkatkan   pengetahuan,  kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memulihara dan memelihara alam sekitar. Jadi, marilah kita bersama-sama  memulihara  dan  memelihara  alam  sekitar  untuk memberikan manfaat kepada generasi yang akan datang.



RUJUKAN
Jabatan Alam Sekitar, www.doe.gov.my
Jabatan Kimia Malaysia, www.kimia.gov.my
Jabatan Sumber Asli Dan Alam Sekitar, www.nre.gov.my
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, www.forestry.gov.my
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, www.forestry.gov.my
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara, www.wildlife.gov.my
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, www.frim.gov.my
Persatuan Pencinta Alam Sekitar Malaysia, www.mns.my
Alam Flora Sdn.Bhd, www.alamflora.com.my

Comments

  1. Bagus...cume sakit mata nak baca��

    ReplyDelete
  2. Sloty Casino & Hotel - Mapyro
    Find the best sloty casinos in 충청남도 출장마사지 2021. Get the full list of sloty sloty.com casinos in 당진 출장안마 2021 and 문경 출장샵 learn 충주 출장안마 where to play & claim your welcome 충주 출장샵 bonus.

    ReplyDelete

Post a Comment